Saturday, June 28, 2008

Adakah anda seorang muslim?

Perjalanan ke melaka kerana mengikuti suami yang mengajar di sebuat sebuah kolej swasta telah menghadiahkan saya banyak masa untuk saya membaca dan seterusnya menulis. Jika duduk di rumah sudah pasti saya akan dihantui dengan tugas-tugas yang tidak pernah akan habis. Kain baju yang belum dibasuh dan dilipat, lantai yang belum di mop, sawang yang belum di buang, toilet yang belum dicuci dan pelbagai lagi kerja-kerja yang menanti.

Berkunjung ke bandar-bandar memang menjamu kita dengan berbagai-bagai karenah manusia, melihat pakaian muda-mudi sekarang menyebabkan dada saya sesak. Skirt pendek, baju fit, seluar ketat, rambut mengurai-ngurai, bibir merah menyala, mata macam-macam warna dan bermacam-macam lagi gaya dan fesyen barat yang menjadi ikutan. Jika ditanya adakah adik ni muslim? "O saya orang islam la..." Jawabnya tanpa ragu-ragu. "Tapi dik, benarkah kita ni betul-betul muslim" tanya saya dalam hati.

Cariknya identiti muslim. Itulah ungkapan yang mampu saya simpulkan. Seseorang mengaku dia seorang Muslim hanya kerana ibu dan bapa adalah muslim, tinggal dalam komuniti muslim dan belajar farhud ain masa kecil. Lalu kita menganggap kita adalah muslim,tetapi hakikatnya apa yang kita lakukan, apa yang kita sarungkan ke badan, apa yang kita fikirkan tidak selari dengan keyakinan yang kita imani.

Oleh itu, saya rasa wajar jika kita bertanya kepada diri kita setiap detik dan ketika "Adakah saya benar-benar muslim?" Persoalan yang memaksa kita mengubah cara hidup kita yang tak ketahuan hala kepada cara hidup yang telah ditunjukkan oleh Rasul tercinta.

Kita tidak dapat menipu diri kita. Jika kita melakukan kebaikan hati kita akan tenang, tetapi jika melakukan perkara yang salah, hati akan gelisah. Itulah fitrah seorang manusia. Jika kita menentang fitrah ini, kita pasti akan binasa. Na'uzubillah...

No comments: