Saturday, February 21, 2009

Kami merindui mu

Rezeki yang datang tidak disangka-sangka telah menolak saya dan suami untuk bertamu di rumah Allah. Walaupun ia masih dalam perancangan, namun jauh disudut hati saya amat mengharapkan agar impian saya sejak sekian lama ini akan terlaksana.

Sebelum saya mengandungkan anak yang kedua ini, yang sekarang ini baru tujuh belas bulan di dalam kandungan, saya pernah berkata kepada suami : "kalau saya tak pregnant jugak dalam tahun ni, saya nak p umrah." Suami yang memahami gelodak jiwa saya hanya mengiyakannya.

Namun kuasa Allah mengatasi segalanya, hanya beberapa hari sahaja lagi saya akan menjalani x-ray ke atas tiup fallopian saya, saya disahkan hamil. Kesyukuran yang tidak terhingga saya rafa'kan ke hadhrat Allah kerana saya tidak perlu melalui proses yang menyakitkan itu.

Mungkin memang rezeki baby untuk pergi umrah bersama saya dan suami kali ini... dan mungkin juga kerana baby ini Allah murahkan rezeki kami. Semenjak kami nekad untuk pergi umrah, saya seringkali berdoa kepada Allah, moga Allah akan mengizinkan kami berkunjung ke baitullah dan berkunjung ke makam Rasulullah yang sangat kami rindui...

Ya Allah izinkan kami menjadi tamu di rumah MU. Izinkan kami menjejakkan kaki ke tanah suci Mu... amin Ya Rabbal Alamin...

Saturday, June 28, 2008

Adakah anda seorang muslim?

Perjalanan ke melaka kerana mengikuti suami yang mengajar di sebuat sebuah kolej swasta telah menghadiahkan saya banyak masa untuk saya membaca dan seterusnya menulis. Jika duduk di rumah sudah pasti saya akan dihantui dengan tugas-tugas yang tidak pernah akan habis. Kain baju yang belum dibasuh dan dilipat, lantai yang belum di mop, sawang yang belum di buang, toilet yang belum dicuci dan pelbagai lagi kerja-kerja yang menanti.

Berkunjung ke bandar-bandar memang menjamu kita dengan berbagai-bagai karenah manusia, melihat pakaian muda-mudi sekarang menyebabkan dada saya sesak. Skirt pendek, baju fit, seluar ketat, rambut mengurai-ngurai, bibir merah menyala, mata macam-macam warna dan bermacam-macam lagi gaya dan fesyen barat yang menjadi ikutan. Jika ditanya adakah adik ni muslim? "O saya orang islam la..." Jawabnya tanpa ragu-ragu. "Tapi dik, benarkah kita ni betul-betul muslim" tanya saya dalam hati.

Cariknya identiti muslim. Itulah ungkapan yang mampu saya simpulkan. Seseorang mengaku dia seorang Muslim hanya kerana ibu dan bapa adalah muslim, tinggal dalam komuniti muslim dan belajar farhud ain masa kecil. Lalu kita menganggap kita adalah muslim,tetapi hakikatnya apa yang kita lakukan, apa yang kita sarungkan ke badan, apa yang kita fikirkan tidak selari dengan keyakinan yang kita imani.

Oleh itu, saya rasa wajar jika kita bertanya kepada diri kita setiap detik dan ketika "Adakah saya benar-benar muslim?" Persoalan yang memaksa kita mengubah cara hidup kita yang tak ketahuan hala kepada cara hidup yang telah ditunjukkan oleh Rasul tercinta.

Kita tidak dapat menipu diri kita. Jika kita melakukan kebaikan hati kita akan tenang, tetapi jika melakukan perkara yang salah, hati akan gelisah. Itulah fitrah seorang manusia. Jika kita menentang fitrah ini, kita pasti akan binasa. Na'uzubillah...

Sunday, June 22, 2008

Telekung

Dapatkan telekung yang mudah, selesa dan praktikal.
* Jahitan yang kemas di bahagian muka, anda tidak perlu memakai anak tudung.
* terdapat dua jenis kain iaitu kain cotton dan kain jc
* Kain bergetah di pinggang
* Kain yang panjang, Insya Allah aurat anda tidak akan terbuka semasa sujud
* Terdapat lapisan dalam di bahagian leher dan bahu, jadi ia tidak jarang

Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa

terdapat dalam beberapa saiz






saiz s (4-6 tahun)



saiz m (7-9 tahun)



saiz L ( 10-12 tahun)



saiz XL ( dewasa )



















T-Shirt Muslimah